- Bunian, Kerajaan dan Keluarga Bunian
- Pontianak / Puntianak / Kuntilanak
Wanita
berpakaian serba putih membalas dendam. Puntianak atau lebih popular dieja
sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada
perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat
menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu
manusia.
- Pelesit
Pelesit merujuk kepada
sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang
dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai
diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu
menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala
berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya
akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila
mangsa leka.
- Hantu Air
Merupakan sejenis
makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair.
Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung
dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk,
tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia
dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir
air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang
dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan
acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang
dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga
dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
- Hantu Raya
Hantu Raya dalam
budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia
dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi
tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah:
amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh
pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat.
Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya
mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya
Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan
perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang
disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut
kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan,
Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu
diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi
bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak
dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan
lahapnya apabila diberi makan.
- Hantu Pocong
Makhluk ghaib yang
dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu pocong atau juga dikenali sebagai
hantu punjut atau hantu bungkus merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk
seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti
hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta,
bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
- Hantu Polong
Polong merujuk kepada
semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya
lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai
diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong
dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut
panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan
dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan
kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris
sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk
memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada
tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan
disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh.
Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah
keluar melalui mulut.
- Bota
Makhluk besar hodoh
menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan
sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama
kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah
sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di
dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika
tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai
seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh
manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini
menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi
rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan
biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan
mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan
bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama
pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika
seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab
dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu
kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja
terutama di kawasan Sungai Perak.
- Bajang
Bajang merujuk kepada
sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang
dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini
dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat
bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali
menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan
mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang
akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis
daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci
dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan
musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu
akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau
azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya
diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya
perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan
menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak
dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan
lahapnya apabila diberi makan.
- Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk
kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun.
Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas
tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang
selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan
sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada
semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak
moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa
berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan
berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi
derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut
terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
- Hantu Bidai
Hantu Bidai atau juga
dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal
dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan
melemaskan mangsa.
- Hantu bukit
Hantu bukit merujuk
kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering
dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
- Hantu Kubur
Hantu kubur merujuk
kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat
ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini
adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah
ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun
mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena
bunuh/berdarah
- Jerangkung
Jerangkung merujuk
kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain.
Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.
- Hantu Galah
Hantu Galah merujuk
kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan
amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui
jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang
diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya
dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam
apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah
kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu
betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
- Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum
dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan
muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin
selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua
orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan
melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk,
dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya
akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX
perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi
mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
- Hantu Kopek
Hantu Kopek merujuk
kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek
berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang
suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara
menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
- Orang Minyak
Orang minyak merujuk
kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam
rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan
orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan
hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi
terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang
minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958.
Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P.
Ramlee.
- Penanggalan
Hantu Penanggalan atau
juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang,
biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang
menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala
mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari
tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka
yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan
setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum
masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik,
dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah
perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita
bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling
rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis
daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut
kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika
penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat
perut mereka yang terburai itu.
- Harimau Jadian
Harimau jadian dalam
budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya
bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh
golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya
mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya
perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu
itu akan sukar meninggal dunia.
- Jembalang Tanah
Jembalang
tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan
dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang
ditanam di kawasan hutan.
- Langsuir
Adalah sejenis makhluk
halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai
akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga
mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang
mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang
perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi.
Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa
asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap
darah mereka.
- Toyol
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara
bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut
mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini
dikenali sebagai saka.
No comments:
Post a Comment