DIHEMPAP KETIKA TIDUR??
Untuk pengatahuan korang sume, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik., tak ramai daripada korang yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.
Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke
bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk
halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi
sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak
membezakannya?”
Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak
dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan
mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali
juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap
gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.
Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini
digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur
kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla
oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh
tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan
sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan
kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari
itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh
bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?
Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat
mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu
misterikan?
Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar
sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa
sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita
cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah
bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak
Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur
didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai
umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan.
Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail
lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur
Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati
manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ
الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا
لاَ تَضُرُّهُ
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk
adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang
menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan
dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan
mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah
apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah,
ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri
dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok!
sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan
sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur
iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan
atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur
sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam
ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya
kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu
badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka
dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga
kali.
Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas,
al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa
yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang
bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku,
maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca
ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga
tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi
ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat
menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah
mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat
pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit
ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca
Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).
Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu
yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini
berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah
mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat
pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit
ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.
Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang
diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini
berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
No comments:
Post a Comment