kalau suka blog nie cer like skit..

Wednesday, 22 May 2013

7 BENDA AJAIB YANG BELUM TERUNGKAI


7 benda ajaib didunia, sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini. Tapi apa kebendenya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.



1) Tembok Besar China
 yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. 

2) Piramid Giza
 keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.

3) Taj Mahal 
istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz

4) Candi Borobudur 
yang terletak di Jawa

5) Angkor Watt
 di Kemboja

6) Taman Tergantung Babylon 
yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

7) Menara Condong Pisa 
yang terletak di Itali.









Gambar-gambar di atas merupakan benda-benda ajaib di dunia yang telah memenangi tangga teratas sebagai 7 benda ajaib di dunia.

Sebanyak 21 benda ajaib di dunia, dan hanya 7 benda sahaja yang telah dipilih. Antaranya adalah seperti gambar-gambar di atas.

Kesemua undian undian ini ditetapkan oleh LISBON OFFICIAL DECLARATION OF THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD.

Menyenarai baru 7 benda ajaib setelah pelbagai penemuan baru diseluruh dunia yang boleh dianggap sebagai benda ajaib dunia. Banyak benda yang perlu di kaji sebelum ianya boleh dikategorikan sebagai 7 benda ajaib dunia.

Taj Mahal masih lagi menjadi sesuatu yang menakjubkan, diikuti dengan tembok besar China, Bangunan Petra, Patung besar Christ, Machu Picchu Peru, Piramid & Collesium..





10 JAMBATAN PALING NGERI DI DUNIA


10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia (Menarik!) | Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai. Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap palingngeri dan berbahaya. Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati. Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.
1) The Immortal Bridge (China)
jambatan1
2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)
jambatan2
3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)
jambatan3
4) Royal Gorge Bridge (Colorado)
jambatan4
5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)
jambatan5
6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)
jambatan6
7) Puente de Ojuela (Mexico)
jambatan7
8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)
jambatan8
9) Vitim River Bridge (Siberia)
jambatan9
10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)
        jambatan10


MISTERI WAD BERSALIN WANITA..

Gambar Sekadar Hiasan
Kisah seram misteri wad bersalin ini melibatkan diri jururawat dan seorang perempuan mengandung yang mati ketika melahirkan anak. Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin aku harapkan korang baca pada siang hari.



Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Pengenalan

Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni  tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye..

PENUNGGU KM 20.6 TAGIH DARAH ????









KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.
Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.
Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.


Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.
Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.


Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.
Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.
Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.    
    
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.




sumber

Tuesday, 21 May 2013

JOM TENGOK KERETA MEWAH MILIK CRISTIANO RONALDO



 

Siapa yang tak kenal dengan pemain bernama Cristiano Ronaldo ni. Nama beliau mula disebut-sebut oleh orang ramai sejak

kecemerlangan permainan beliau bersama Manchester United. Selang beberapa tahun selepas itu Ronaldo berpindah ke Real Madried.

Seperti mana yang anda tahu, Kelab Real Madried merupakan kelab yang banyak minyampan permain berbisa diserata Dunia contohnya Kaka, Ozil, Benzema, Pepe dan banyak lagi. Gaji pemain di Real Madried rata-rata 100 hingga ke 200 ribu Euro seminggu!

Memang tidak mustahil bagi Cristiano Ronaldo membeli kereta untuk dijadikan koleksi beliau sepertimana kita membuat koleksi buku bacaan atau majalah atau sebagainya.Beliau bukan sahaja memiliki kereta berjenama seperti Ferrari dan juga Bentley malah ada banyak jenama lain yang beliau miliki. Baiklah, mari kita tengok koleksi kereta mewah Ronaldo disepanjang kariernya bersama kelab Manchester United sebelum berpindah ke Real Madrid 2009.

Koleksi beliau yang pertama ialah Bentley Continental GTC

 

Bentley Continental GTC kereta mewah yang pertama dipandu oleh Critiano Ronaldo ialah Bentley Continental GTC. Dia sangat gemar akan kereta tersebut dan membelinya pada tahun 2007.

Koleksi Kereta mewah yang kedua Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé

 

Kadang-kadang dunia sebagai seorang pemain bola sepak ini boleh dikatakan “Tidak Masuk Akal” kerana tidak lama selepas itu Cristiano Ronaldo membeli sebuah lagi kereta mewah iaitu Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé yang dibelinya pada tahun yang sama 2007. Beliau membeli kereta tersebut ketika bercuti di Mideira.

Koleksi Kereta Mewah Beliau yang Ketiga iaitu Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet

 

Tidak cukup dengan itu, Cristiano Ronaldo membeli sebuah lagi kereta mewah yang berjenama Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet. Sesungguhnya beliau memang hilang akal suka membuat koleksi kereta mewah. Walaubagaimana pun, beliau menjual balik kereta tersebut dengan lingkungan harga £70,000 kepada saya pada tahun 2009.

Koleksi Kereta Mewah yang keempat Ronaldo iaitu Maserati GranCabrio

 

Cristiano Ronaldo sekali lagi melengkapkan Hatrik koleksi kereta mewahnya dengan membeli Maserati GranCabrio pada tahun 2011. Kereta tersebut tidak berharga £98,000 dengan 434bhp V8 engine.

Koleksi Kereta Mewah yang keenam Ronaldo iaitu Bentley GT Speed

 

Kereta tersebut dilengkapi dengan 600bhp W12 twin-turbo engine yang boleh memecut sehingga 200mph dan juga dilengkapi dengan four wheel drive (4WD). Kereta tersebut memang sesuai untuk Cristiano Ronaldo menonjolkan diri sebagai pemain bola sepak terhandal didunia. Tetapi beliau menjual semula kereta tersebut dalam ligkungan harga £114,000pada tahun 2009.

Koleksi Kereta Mewah Yang Keenam Ronaldo ialah Porsche Cayenne Turbo-by Techart

 

Cristiano Ronaldo terus membuat lawak pembelian kereta mewah beliau yang keenam. Kali ini beliau membeli Porsche Cayenne Turbo-by Techart. Kereta tersebut dilengkapi dengan tayar 22 inch, complete body kit, dan juga mempunyai kuasa pecutan sehingga 62mph dalam masa 5.6 saat. Ronaldo sekali lagi menjual kereta tersebut dalam lingkungan harga £35k baru-baru ini.

Koleksi kereta mewah yang ketujuh Cristiano Ronaldo iaitu Audi R8

 

Kereta ini merupakan kereta impian bagi semua orang termasuklah Cristiano Ronaldo yang membelinya dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Koleksi kereta Ronaldo yang ke Lapan iaitu Ferrari 599 GTB Fiorano

 

Cristiano Ronaldo menambah lagi satu koleksi kereta mewahnya pada tahun 2008. Enam bulan selepas itu Cristiano Ronaldo mengalami kemalangan jalan raya berhampiran dengan Airport Manchester menggunakan kereta tersebut. Apa Yang membuatkan kita semua pecah kepalahairan(atau tak hairan) ialah beliau menggantikan semula kereta tersebut dengan model yang sama iaitu Ferrari 599 GTB Fiorano. Kereta tersebut berharga £180,000 dengan kelajuan mencecah 205mph. Selain itu, kereta tersebut dilengkapi dengan 6.0-litre V12 dengan 612bhp yang boleh memecut sehingga 62mph dalam masa 3.7s.

Koleksi Kereta Mewah Ronaldo Yang Ke Sembilan iaitu Mercedes-Benz C220 CDI.

 

Percaya atau tidak, Cristiano terus menambah kegilaanya terhadap kereta mewah. Kali ini beliau membeli kereta Mercedes-Benz C220 CDI. Tidak lama kemudian beliau menjual kereta tersebut dengan harga £ 10.795.

Koleksi Kereta Mewah Cristiano Ronaldo yang ke Sepuluh iaitu Audi RS6

 

Audi RS6 merupakan kereta mewah yang digilai ramai termasuklah Cristiano Ronaldo. Kereta tersebut dilengkapi dengan twin-turbo V10 engine dengan 570bhp. Kereta tersebut boleh memecut sehingga 62mph dalam masa 4.6 saat. Beliau telah membeli kereta tersebut dengan harga £80,000.

Koleksi kereta yang ke Sebelas Ronaldo iaitu Audi Q7

 

Kereta tersebut digunakan oleh beliau ketika menghadiri Anugerah Red Carpet pada tahun 2008. Kereta besar Ronaldoyang panjangnya lebih Lima meter tersebut dilengkapi dengan 4x4WD .

Koleksi kereta Ronaldo yang Ke Dua Belas iaitu Bugatti Veyron

 

Cristiano seterusnya membeli kereta Bugatti Veyron. Beliau membeli kereta tersebut hasil daripada pengaruh iklan tv yang mempromosikan kereta tersebut dan beliau terus membuat temapahan keatas kereta tersebut.

Kolekasi Kereta Mewah Ronaldo yang Ke Tiga Belas iaitu Aston Martin DB9

 

Cristiano Ronaldo terus menambah lagi koleksi kereta beliau. Kali ini beliau membeli kereta mewah yang berjen Aston Martin DB9. Anggaran harga kereta tersebut ialah £130,000 yang dilengkapi dengan 470bhp V12 enginedan juga boleh memecut sehingga 60mph dalam 4.6s.

Koleksi kereta mewah Ronaldo yang ke Empat Belas iaitu BMW M6

 

BMW’s M6 mempunyai 500bhp V10 engine dan berharga £90,00. Namun demikian ianya tidaklah “se elegant” sepertimana koleksi kereta mewah Cristiano yang lain. Beliau membeli kereta tersebut pada tahun 2006.

Koleksi kereta mewah Ronaldo yang ke Lima Belas ialah Porsche Cayenne

 

Pada tahun 2007 Cristiano membeli sebuah kereta khas untuk beliau pergi membuat latihan bersama Manchester Unitted. Kereta tersebut mempunyai V8 engine dan dilengkapi 500bhp.

Koleksi Kereta Mewah Ronaldo Ke Enam belas ialah Audi RS6

 

Kereta tersebut merupakan kereta yang terakhir yang dibeli beliau ketika berada di Manchester United Sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009. Beliau telah membuat penampilan sebanyak 196 kali dan menjaringkan goal sebanyak 86 kali serta mempunyai 16 koleksi kereta mewah sepanjang beliau di Manchester United

Secara keseluruhanya Cristiano telah mebeli sebanyak 16 buah kereta mewah daripada tahun 2007 hingga ke tahun 2009. Beliau hanya mengambil masa dua tahun saja untuk mengumpul 16 buah kereta tersebut. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah perkara yang aneh jika anda seorang pemain bola sepak yang bertaraf antara bangsa. Sebelum ini pun saya telah menceritakan tentang bayaran gaji pemain bola sepak yang termahal didunia pada musim lepas. Saya akan sambung lagi selepas ini berkenaan dengan jumlah koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo ketika beliau berada di Real Madrid pula

Monday, 20 May 2013

TOLONG BERSIHKAN UNTUK KU.....


gambar hiasan
Jika kita mendengar kisah roh pulang ke rumah, hakikat sebenarnya ia adalah satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Apabila matinya anak adam, maka terputuslah segala hubungan si mati dengan dunia ini. Ini kerana roh tersebut sudah berpindah ke alam yang lain. Maka, sebagai manusia yang lemah, kita perlu tahu bahawa segala rahsia di alam ini hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Di bawah ini terdapat satu kisah di mana seorang nenek telahbermimpikan arwah yang mana memohon supaya membersihkan darahnya di bawah tikar. Persoalannya, darah apakah itu?

Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. “Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar,” nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. Beliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka.

Pakcikku yang kami panggil “Pak Su” baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu – kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju.

Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku, “Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!” Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah-olah terasa kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau di bilik belakang tempat beliau dimandi dan dikafankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual-bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya.

Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu,namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih ku ingat, kakak dan kedua-dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang-abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit-cuit dihidungnya – kebiasaan pak su semasa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri arwah pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.

Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan diikuti dengan salakan anjing yang mendayu-dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada di dalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada arwah tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah-olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau di bahagian kepala kubur beliau.

Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh ke bawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang di bahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan.

Kami pula sering berasa ketakutan – terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena “badi” beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham di dalam mimpi arwah nenekku.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan – ternyata masih terdapat bekas-bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembab di bawah tikar getah itu. Ayahku terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah lebih 30 tahun berlalu, anak di dalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa dan menjadi seorang isteri yang baik. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al-fatihah untuk allahyarham pak su setiap kali selepas solat.
gambar hiasan





Thursday, 2 May 2013

MISTERI SUMPAHAN MAHSURI DI LANGKAWI KEDAH,MALAYSIA

Misteri Sumpahan Mahsuri Di Langkawi | Sudah menjadi suatu kebiasaan, melancong ke Langkawi sudah pasti Makam Mahsuri antara destinasi utama yang dilawatinya. Pernahkah anda berkunjung ke Makam Mahsuri? Di sini tersimpannya kisah misteri sumpahan Mahsuri yang dibunuh angkara fitnah. Jika anda berkunjung ke sini, terdapat pelbagai koleksi pra sejarah yang dipamerkan. Selain itu, mereka juga menyediakan satu panggung mini yang menceritakan kisah awal Mahsuri sehinggalah ia mati dibunuh.

mahsuri1
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
mahsuri2
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Kehidupan Mahsuri
Kehidupan awal Mahsuri adalah sewaktu Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada serta kaya di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, kecantikan Mahsuri membawa kepada iri hati dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.Masakan tidak kerana di mana sahaja orang asyik memuji-muji kejelitaannya.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Fitnah Yang Menimpa Mahsuri
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri pada ketika itu sedang hamil sewaktu Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan Wan Derus, Mahsuri dikatakan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika itu, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi. Dengan ehsan ibu bapa Mahsuri,Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kebolehan Deramang bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya juga sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman terus dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih yang membuktikan dia seorang wanita yang suci dari dosa serta kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun melawan. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam.Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan diseksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa.
Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Walaupun misteri sumpahan Mahsuri sudah berakhir (barangkali), namun hakikatnya segala kejadian itu sudah ditentukan dalam catatan takdir. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing untuk mentafsirkannya. Apa yang pasti, kisah Mahsuri tetap menjadi lagenda yang sukar dilupakan. Mungkin kisah tersebut terus berulang dalam kehidupan kita yang semakin moden ini. Akibat sifat iri hati dan fitnah, orang yang tidak berdosa menjadi korban