post yang pertama nie achik nak kongsi sikit pasal nama gelaran yang achik selalu sangat guna ...iaitu fansuri..kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal nama fansuri nie achik ada sediakan sedikit tentang tuan yang empunya nama ni sendiri iaitu HAMZAH FANSURI
Hamzah
Fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai
dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun
1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur
Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai
seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.Hamzah Fansuri telah
mengembara ke pelbagai tempat untuk menambah pengetahuannya seperti ke Mekah, Madinah, Baghdad, Pahang (Tanah Melayu), dan Kudus (Pulau Jawa). Ia menguasai bahasa Arab dan Parsi di samping bahasa Melayu yang
memang menjadi bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah
memperlihatkan bentuk seperti yang digunakan sekarang.Hamzah Fansuri adalah
pengembang Tarekat Wujudiyah. Fahaman ini beranggapan bahawa segala
makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab
ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn
Arabi, ahli tasauf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad
ke-13.Bagaimanapun, tarekat
Wujudiyah ini kemudiannya ditentang hebat oleh Nuruddin ar-Raniri yang
mengatakan Tuhan kekal tidak terjejas dari ciptaannya.Tidak diketahui secara pasti
tarikh hasil karyanya itu ditulis kerana tidak ada catatan tentangnya. Yang
diketahui ialah bahawa Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya itu pada masa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerintah Aceh dalam
tahun 1606-1636 M. Berdasarkan ini, dapatlah dikatakan bahawa karyanya itu
tercipta pada awal abad ke-17. Ia menghasilkan beberapa buah syair dan prosa.
Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan 'Syair Perahu'nya ini:
Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan
Dengan penggunaan bahasa yang indah dan dengan
perumpamaan yang sederhana, Syair Perahu ini pada suatu masa menjadi sebutan
orang ramai. Ia digunakan oleh ibu bapa untuk menasihati anaknya agar mentaati
ajaran Islam.